Syukur dan Yakin dengan Allah

Assalamulaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhmdulillah thummahamdulillah. Untuk entry kali ni kak ckin ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman dan perkongsian tentang rezeki. Kak ckin bukan orang yang selayaknya untuk bercakap tentang ni tetapi hanya ingin berkongsi apa yang kak ckin rasa selepas melalui fasa yang agak sukar.

Hampir hilang punca bila kita tak disambungkan kerja dan kita ada komitmen yang perlu kita selesaikan setiap bulan. Bermula dengan bulan Januari kak ckin hanya bergantung pada pendapatan biz Shaklee sahaja. Syukur ada juga pendapatan untuk bayar komitmen.

Mohon pada Allah jalan yang terbaik buat kak ckin. Dan Allah kurniakan pada waktu yang kita rasa tenang. Redha dengan ketentuan Allah. lapangkan hati untuk terima ujian Allah. bukan mudah insan biasa macam kita ni. tapi alhamdulillah kak ckin yakin Allah pasti bagi yg terbaik buat kita, sebab Allah tahu Maha tahu apa yang terbaik buat kita. semua ujian ini buat kita berfikir apa yang sebenarnya Allah mahukan untuk kita. kadang kita rasa kerja hebat adalah boleh dekatkan diri kita pada Allah, tapi kadang ia menjauhkan kita.

Oleh sebab itu lah hendaklah kita sentiasa berdoa agar kita dikurniakan hidayah dan petunjuk dalam apa jua kerja yg kita lakukan. Allah bagi kak ckin rasa pelbagai jenis kerja. alhmdulillah kak ckin dapat pengajaran yang besar dalam ujian kali ini. betapa kalau kita sentiasa berada dalam keadaan bersyukur pada Allah, itu adalah yang paling baik buat kita.

Jauhkan rasa merungut bila kita dah dapat kerja, Syukur dan yakin lah pada Allah dengan sebenar benarnya!. apa jua Allah bagi itu pasti ada hikmahnya. Kata-kata motivasi inilah yang sangat memberi kesan yang mendalam pada kak ckin untuk teruskan usaha. Dan bermula daripada itu juga kak ckin mula kaji dan cari ilmu. Alhmdulillah.

Perkataan rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada harta sebaliknya mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, pekerjaan, waktu lapang, keluarga, kesihatan dan sebagainya.

Kita perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah Hud ayat ke-6 bermaksud:

“Dan tiadalah sesuatu pun daripada kalangan makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia kembali. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada para malaikat yang berkenaan).”

Menyedari hakikat itu, kita wajib beriman kepada Allah SWT. Kepada Allah sahajalah selayaknya kurniaan rezeki dipohon. Usah hampiri jalan syirik dengan meminta-minta daripada manusia atau makhluk lain agar dikurniakan rezeki. jiwa yang tenang pasti menrik rezeki dan kita boleh berdamai dengan setiap ketentuan Allah.

Bersabarlah dalam mecari rezeki dan memohon rezeki daripada-Nya. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya selagi mana hamba itu berusaha sebaik mungkin mendapatkan rezeki yang dihajati.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat ke-212 bermaksud:

“…dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).”

Ketika mana rezeki yang dipohon masih belum diperoleh sedangkan doa dan usaha sudah berkali-kali dilakukan, usah salahkan takdir. Ada kalanya Allah SWT tidak mengurniakan sesuatu yang diminta tetapi Dia mengurniakan sesuatu yang diperlukan.

Teruskan berusaha dan bersabar untuk mencapai rezeki yang dihajatkan. inshaaAllah Allah akan kurniakan yg terbaik buat kita semua. Dan Alhmdulillah disamping biz Shaklee kak ckin juga sekarang mengajar tuisyen personal 10 anak pelajar. rasa tak rugi ilmu belajar dulu. berkongsi ilmu sains dan matematik untuk anak2 pelajar ni buat kak ckin rasa seronok. ilmu tak hilang begitu sahaja. Dan alhmdulillah Allah tunjuk cara ini untuk kak ckin.

Maka, marilah kita menjadi hamba yang bersyukur, bersyukur bukan bermaksud berhenti usaha. Tidak sama sekali bahkan lagi kena usaha. Ramai orang bersyukur ketika menerima rezeki baru, namun lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki yang sedang dinikmati. Adakah kita daripada kalangan hamba-Nya yang bersyukur?

pesanan juga buat diri yang naif ini

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Leave a comment